Monday, October 2, 2017

Permainanku Dikala Sunyi


SERULING



Seruling
Pada mula nyaa,  aku terlihat sebuah video yang dibuat oleh senior aku waktu di sekolah menengah dulu..video dia bermain seruling.Sejak dari itu, aku mula berkenan untuk mempelajari ilmu seruling ini.

Jadi aku membeli sebatang seruling dari seruling.my jenis seruling dizi(seruling Cina) key C.Harga lebih kurang dalam RM 80. Tak silap aku, aku beli pada bulan March 2017.Aku mula bermain perlahan-lahan. Nak dapatkan bunyi dia tu makan masa 1 hari juga lah..Baru bunyi belum melodi lagi😅


Ini first video aku




Hari berganti hari, mingu berganti minggu, bulan berganti bulan, aku berlatih supaya diri ini semakin mahir dalam bidang seruling ini.Jadi aku bernekad untuk membeli sebatang seruling yang baru. Key yang sama (KeyC) namun jenis yang berbeza.Kali ini aku cuba seruling Melayu pula.Harga dalam RM100 macam tu..beza dia, lubang nye lebih besar dari seruling Dizi, lebih ringan dan lebih pendek.

Ini antara video yang aku record dalam tempoh pembelajaran aku tentang ilmu seruling.


Banyak lagi video yang aku ada record, cuma belum lagi diletakkan di laman sosial.Ini kerana, aku berniat untuk membuat satu youtube channel jika aku betul betul mahir dalam bidang ini. Insya Allah

No comments:

Post a Comment

Permainanku Dikala Sunyi

SERULING Seruling Pada mula nyaa,  aku terlihat sebuah video yang dibuat oleh senior aku waktu di sekolah menengah dulu..video dia...