Monday, October 2, 2017

Permainanku Dikala Sunyi


SERULING



Seruling
Pada mula nyaa,  aku terlihat sebuah video yang dibuat oleh senior aku waktu di sekolah menengah dulu..video dia bermain seruling.Sejak dari itu, aku mula berkenan untuk mempelajari ilmu seruling ini.

Jadi aku membeli sebatang seruling dari seruling.my jenis seruling dizi(seruling Cina) key C.Harga lebih kurang dalam RM 80. Tak silap aku, aku beli pada bulan March 2017.Aku mula bermain perlahan-lahan. Nak dapatkan bunyi dia tu makan masa 1 hari juga lah..Baru bunyi belum melodi lagi😅


Ini first video aku




Hari berganti hari, mingu berganti minggu, bulan berganti bulan, aku berlatih supaya diri ini semakin mahir dalam bidang seruling ini.Jadi aku bernekad untuk membeli sebatang seruling yang baru. Key yang sama (KeyC) namun jenis yang berbeza.Kali ini aku cuba seruling Melayu pula.Harga dalam RM100 macam tu..beza dia, lubang nye lebih besar dari seruling Dizi, lebih ringan dan lebih pendek.

Ini antara video yang aku record dalam tempoh pembelajaran aku tentang ilmu seruling.


Banyak lagi video yang aku ada record, cuma belum lagi diletakkan di laman sosial.Ini kerana, aku berniat untuk membuat satu youtube channel jika aku betul betul mahir dalam bidang ini. Insya Allah

Pengenalan Diriku




ASSALAMUALAIKUM





Pertama kali aku disuruh untuk membuat blog.Jadi memang aku tak tahu apa apa tentang blog, apa yang nak ditulis dan macam-macam lagi.Jadi sebagai permulaan nya.marilah berkenalan sedikit tentangdiri  aku dulu.:)




Nama aku Tengku Muqri Bin Tengku Mohd Shaffry.Aku dilahirkan di Ipoh, Perak.Dulunya, kami sekeluarga tinggal di Rapat Setia (Tmn Gunung View).Waktu aku naik darjah satu, kami berpindah ke Chemor, Perak(Tmn Chepor Raya)..still in Perak..hehehe.Sekolah rendah dekat kawasan situ jee..SK Chepor..Masuk tingkatan Satu..(alhamdulillah dapat result UPSR yang cemerlang),aku dimasukkan ke SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Lima tahun aku di sana.Dan sekarang aku menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Gopeng,Perak(KMPk).


Sekolah Rendah Aku (SK CHEPOR)



Sekolah Menengah Aku (SMKA SULTAN AZLAN SHAH)
 


   Waktu aku kat sekolah menengah ni.. memang banyak kenangan manis dan pahit aku bersama rakan-rakan dan guru-guru.        
Kolej Aku (KMPk)


                   










Di sini, aku hanya menyambung pelajaran selama satu tahun kerana akuu ditawarkan mengikuti Program Satu Tahun (PST). Namun, ramai kawan-kawan baru yang aku jumpa di kolej ini, yang baik ada, yang jahat pon ada.Hahaha











    

Permainanku Dikala Sunyi

SERULING Seruling Pada mula nyaa,  aku terlihat sebuah video yang dibuat oleh senior aku waktu di sekolah menengah dulu..video dia...